Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, April 16, 2012

Tegur dan Pesan

selalunya pesan diterima secara positif. kalau ditegur penerimaan mungkin lebih kpd negatif.

manusia sentiasa lupa. maka perlulah diingat2kan samada dlm bentuk pesanan atau teguran. ada cara baik. ada cara kurang baik. saya cuba lakukan yang baik. tapi kalau asyik buat perangai macam budak2 bukan macam siswa ipt maka teguran secara menegur budak2 la.

minggu lepas saya tegur pelajar yg masih tak malu melakukan kesalahan meletak kenderaan di tempat larangan meletak kenderaan dipandu/diguna pelajar. walau pun anda anak dato/datin/pro/prof madya/orang kaya/dll, peraturan tetap peraturan. kat kolej swasta pun ada kawasan larangan meletak kenderaan pelajar. walau pun anda dah bekerja tetapi jika anda status pelajar uitm (kecuali staf uitm) anda patuhilah peraturan. ada pensyarah komplen yg lambat masuk kelas kerana tiada tempat letak kereta. malah ada timbalan dekan pun tiada tempat letak kereta. pernah berlaku (lagi kurang ajar) letak kereta di tempat dekan. ada yg pernah melanggar kereta staf uitm kerana nak mengelak drpd dimarah utk kesalahan dilakukan.

tadi saya tegur seorang pelajar yg mungkin secara sengaja atau sebaliknya kertas terbuang ke jalan. dia kelihatan keliru dgn teguran saya. kawan2nya memerhatikan kami semasa saya tegur pelajar tersebut. kalau nampak sampah tu, kutiplah. kecuali anda bayar kontraktor yg bersihkan kawasan uitm.

jika saya silap sila tegur ya. keselamatan dan kebersihan uitm tanggungjawab bersama.

Tiada ulasan: