Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 22, 2012

Tugas-tugas Khas

semasa majlis malam tadi kenalan baru mengakui beliau stres. ianya berkaitan tugas beliau. beliau menjalankan tugas2 khas.

sebelum ketuanya berada di suatu majlis kebiasaannya beliau akan berada di tempat berkenaan, kemudiannya beliau perlu beri taklimat kpd ketua dan keluarga ketuanya (bergantung kpd majlis mungkin sehingga melibatkan anak cucu sepupu adik beradik dll). antara tugas beliau adalah menyediakan kasut utk ketuanya. dan sebagai langkah berjaga2 beliau beli 3 pasang kasut berbeza saiz.

beliau juga perlu memaklumkan susunatur tempat duduk sesuatu majlis. dan ada antara kerabat ketuanya akan bersungut jika ada ahli keluarga duduk jauh drpd ketua kenalan baru saya. kenalan saya ini juga perlu tahu lokasi tempat makan yg sesuai dgn ketuanya.

bila mendengar keluhan kenalan ini membuat saya bersyukur mempunyai ketua yg tidak mempunyai songel sebanyak ketua kenalan baru ini. saya kongsi tentang surah al-insyiraah sebagai bacaan untuk menenangkan diri. kenalan baru bersetuju malah berkongsi dgn saya ilmu yg beliau dapat drpd seorang ulamak di yemen iaitu bacalah surah al-insyiraah setelah setiap solat sambil meletakkan tangan kanan ke dada kiri di jantung kita.

tugas2 khas bunyinya macam glamor tetapi sebenarnya bermaksud kita perlu berada sebelum, semasa dan selepas majlis untuk memudahkan kehadiran ketua kita.

Tiada ulasan: