Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, April 12, 2012

Penat..

kejap aje seminggu. semalam cuti khas. hari ini kerja semula dan berterusan walau pada hujung minggu ni.

hmm..hampir semua yg saya tanya bgtau bhw mereka penat. kerja tak habis. malah makin banyak. ada yg datang kerja walaupun semalam cuti. memang kerja tak habis. perancangan kerja amatlah penting. dan perancangan kerja bukan hanya di peringkat bawahan shj. yg di atas sangat2 penting membuat perancangan. seelok2nya utk jangka pendek dan jangka panjang.

perancangan dpt mengelakkan' kerja last minute yg diterima tanpa persediaan' drpd menjadi punca kesihatan terganggu. pelajar dan bekas pelajar saya dah ramai saya lihat dan baca mula burnout. begitu juga dgn rakan sekerja.

kepada bos2, silalah tunjukkan kebijaksanaan. kalau kerja tu tak perlu dilakukan, atau tak penting untuk segera dilakukan, atau kalau tak buat pun tak apa, maka janganlah dipaksa2 utk dilakukan. pengarah memanglah kerja mengarah. atau bos2 lain (dgn nama jawatan berbeza) perlu tunjuk kepimpinan melalui teladan. rujuklah semula kpd matlamat utama organisasi.

Tiada ulasan: