Adakah kad kredit adalah satu simbol status? Kad kredit adalah contoh keyakinan pihak bank bahawa kita mempunyai kredibiliti. Bank yakin bahawa pemegang kad kredit berupaya membayar hutang bank iaitu hutang diberi oleh pihak bank melalui bayaran daripada pihak bank sebagai pendahuluan untuk pemegang kad kredit.
Pemegang kad kredit mesti menjelaskan hutang kepada bank dengan segera atau selewat2nya pada tarikh dinyatakan pada penyata kad kredit. Jika lambat membayar hutang kad kredit, faedah dikenakan amat tinggi, sehingga 18% setahun ataupun bersamaan 1.5% sebulan. Perniagaan memberi hutang melalui kad kredit oleh pihak bank amat menguntungkan bank kerana ramai pemegang kad kredit jarang menjelaskan hutang mereka sepenuhnya. Maka faedah dikenakan akan beranak-pinak.
Para pembaca blog dinasihatkan menggunakan kad kredit dengan penuh bijaksana. Sekarang amat senang mendapatkan kad kredit. Yang susah adalah menjelaskan sepenuhnya hutang kad kredit. Berbelanjalah secara berhemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan