Kita ada infrastruktur kelas 1, tetapi pengguna kelas 3? Semalam semasa perjalanan balik ke rumah, saya melihat pengguna sebuah SUV toyota berlencana dan bernombor XXX Y88 dengan bangga dan semangat olimpik membuang sebotol bekas minuman daripada kenderaannya ke tepi jalan menghala ke LebuhRaya Persekutuan. Beliau layak mendapat pingat emas dari segi khidmat sosialnya.
Pagi ini hujan turun dengan lebat. Ramai pemandu tidak menyalakan lampu kenderaan. Adakah kerana ingin berjimat? Sedarkah mereka bahaya kepada pengguna kenderaan lain. Bagi saya, semasa memandu di dalam hujan, pandangan sisi dan melalui cermin tepi amat tidak jelas. Menyalakan lampu kenderaan memberitahu kepada pengguna kenderaan lain kehadiran kenderaan anda.
Janganlah sebab hanya berkenderaan kelas 1, kita layak berperangai kelas 3. Ini mungkin membuktikan bahawa kelas kenderaan tidak mencerminkan kelas penggunanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan