Seorang saudara dan rakan sekerja menyatakan kekecewaan beliau berkenaan rakan sekerja yang tidak jujur dalam pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan ini tidak semestinya memerlukan sentuhan secara langsung dengan wang.
Saya ingin kaitkan dengan sikap amanah. Kalau kita tidak amanah, lambat laun akan diketahui. Lambat laun, kita akan mendapat pembalasan daripada Yang Maha Esa. Apabila ketidak jujuran dan pecah amanah diketahui ramai, maka maruah kita akan dipandang rendah oleh orang lain. Kekecewaan adalah lebih besar apabila selama ini kita sangat mempercayai seseorang sehinggalah terbukti bahawa kita hanyalah permainan hidup 'rakan' atau 'saudara' kita.
Sebagai pemimpin, akan sentiasa mendapat maklumbalas atau aduan daripada pengikut. Ada yang benar, ada yang tidak benar. Ada yang berniat baik, ada yang sebaliknya. Jangan biarkan 'musuh dalam selimut' kerana ianya akan merosakkan organisasi kita. Kerja adalah sebahagian daripada ibadah kita. "Tidak Ku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan untuk Beribadah kepada KU".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan