Sebak melihat mereka sama ada pelajar ataupun mereka yang lain menjalankan kerja tambahan untuk menambahkan rezeki yang halal. Sebak juga melihat pengawal keselamatan bertugas dengan penuh amanah untuk mencari sesuap nasi. Saya akan sentiasa cuba mempertahankan mereka yang menjalankan tugas dan bekerja dengan amanah.
Adakalanya saya ingin berkongsi sedikit daripada rezeki yang dikurniakan ALLAH kepada saya dengan mereka ini. Ingin saya hulurkan segenggam wang kepada mereka sebagai ucapan terima kasih saya. Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa masih ada insan yang bekerja dengan tulus hati untuk mendapatkan rezeki yang halal daripada ALLAH.
Saya akan berasa marah dan sedih bagi yang tidak beramanah. Cakap tidak serupa bikin. InsyaALLAH, lambat laun integriti kita akan terserlah dan diketahui umum.