Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 15, 2013

Buka Puasa Yang Mahal

sudah dua hari berbuka puasa mahal. semalam dan hari ini. pilihannya tak terawih di  surau.

buka puasa semalam dan hari ini mahal dan susah nak diletak kos harga. kalau kat hotel tentulah rm100. tapi yg mahal bagi saya adalah nilai dapat berbuka puasa dgn saudara mara. semalam dgn seorang pakcik dan keluarganya. hari ini dgn seorang pakcik dan seorang makcik sekeluarga. menu semalam menu masakan siam. hari ini masakan arab dan nasi beriani. kos dlm rm tidaklah mencapai kos berbuka dihotel. nilai yg mahal adalah dapat berbuka dgn ahli keluarga yg hanya dapat dilakukan setahun sekali.

walaupun kos makanan tidak semahal di hotel tetapi nilai kemesraan tidak dapat dinilai. nilai mahal adalah dapat bersama berkongsi rezeki bersama ahli keluarga.selepas berbuka, dapat pula berterawih dgn ahli keluarga. alhamdulillah.

Tiada ulasan: