Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Julai 18, 2013

Bangun Bersama Kawan

bangun di sini bermaksud membangun. berkembang dlm pelbagai perkara secara positif.

pagi tadi saya hadir ke satu majlis menggalakkan pensyarah menjadi usahawan. ianya anjuran dua bahagian diketuai oleh dua kawan. saya hadir mewakili seorang bos saya. sebenarnya saya memang berniat utk hadir apabila tahu tentang majlis tadi. cuma tidak berpeluang hadir utk pamerkan bahan inovasi saya.

seronok di majlis dapat berjumpa kawan2 dari fakulti dan kampus serta bahagian lain di uitm. ada dari perak. ada dari negeri sembilan. ada dari kelantan. ada dari sarawak. dan lain2 tempat. ada yg dah lama tak berjumpa maka banyak soalan untuk dijawab. antara jawapan saya adalah saya dah setahun di fsr. ada juga pelajar saya. ada bekas pelajar saya.

dan apabila seorang drpd tuanrumah menyebut nama saya berkali2 kerana membantu beliau menjalankan tugasnya, semasa lawatan ke gerai2 terasa sedikit glamer. syok sendiri..hehehe. pengajaran adalah kita perlu bekerjasama dgn kawan utk sama2 maju dlm pelbagai bidang utk bersama menikmati hasil usaha bersama.

Tiada ulasan: