Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Julai 18, 2013

30

semalam solat terawih bersama emak dan ayah. kami solat di rumah kerana emak rasa penat nak ke surau. saya rasa begitu juga ayah saya. maklumlah kedua2nya dah berusia melebihi 65tahun.

saya terfikir. 30 tahun dahulu, 1983 saya masih di sekolah menengah. adik bongsu baru 4tahun. emak 38. ayah 45. emak dan ayah saya rasa lebih sihat drpd sekarang. tapi kedudukan kewangan sebaliknya.

semalam saya di universiti tetapi belajar dan mengajar. adik bongsu dah tamat sarjana dan memangku jawatan tinggi. emak dah 68. dan ayah 75. kedua2nya kelihatan penat dan kurang sihat berbanding 30tahun dulu. alhamdulillah kedudukan kewangan selesa.

bagaimana 30tahun akan datang? pada 2043.jika dipanjangkan umur, adik bongsu dah 64. saya 76. emak 98. ayah 105. masihkah kami semua berupaya utk solat terawuh bersama? semoga kita semua dipanjangkan umur dan sentiasa sihat badan dan minda untuk membolehkan kita menambah bekalan di hari akhirat.

Tiada ulasan: