Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 01, 2013

Bahasa Orang Putih

bahasa orang putih yg biasa kita guna dan rujuk adalah bahasa inggeris. english language. tetapi sekarang pun sudah ramai yg boleh berbahasa orang putih lain seperti bahasa perancis, bahasa jerman, bahasa itali dan lain2 lagi.

antara keunikan uitm berbanding ipta lain adalah penggunaan bahasa inggeris sbg bahasa pengantar. maka hasilnya graduan uitm (dulunya itm) menjadi pilihan berbanding graduan ipta lain utk organisasi yg menggunakan bahasa inggeris. kefasihan berbahasa inggeris adalah hasil kemampuan pensyarah dan pelajar menguasai bahasa inggeris utk peningkatan ilmu.

walau bagaimana pun, beberapa faktor menyebabkan kefasihan dan kemampuan menguasai bahasa inggeris merudum. antaranya apabila medium atau bahasa pengantar di sekolah menengah pada penghujung tahun 70an berubah daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu. maka cikgu dan pensyarah kurang fasih berbahasa inggeris. kesannya juga pelajar fasih berbahasa inggeris.

jika kedua2 pihak tidak berusaha memperbaiki kefasihan dan kemampuan berbahasa inggeris, perkongsian ilmu melalui bahasa inggeris tidak akan mencapai tahap cemerlang. kita berbahasa orang putih bukan utk bermegah tetapi utk membolehkan kita berdayasaing di peringkat global sama2lah kita baiki kefasihan berbahasa inggeris.

Tiada ulasan: