Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 15, 2013

Air Batu

semasa membuat air batu tadi, teringat kisah air batu dan pelbagai peristiwa.

emak ada bercerita bagaimana pada bulan puasa semasa dia kecil, air batu dibeli dan akan disalut dgn habuk kayu utk elak cair dgn cepat. saya teringat kpd berpuasa di kampung dan akan beli airbatu yg banyak utk berbuka kerana ramai warga yg ada di dlm rumah, yg balik dari serata tempat utk beraya di kampung.

saya teringat semasa arwah datuk berniaga kedai runcit dan antara barangan dijual adalah air batu. air batu akan dibuat dalam bekas dan air batu akan digergaji kpd 3bahagian utk dijual pada harga 20sen satu.

arwah datuk juga pernah menjual air batu parut. iaitu airbatu yg diparut macam airbatu utk abc sekarang tetapi disiram dgn sirap dan susu shj. best apabila dimakan dgn roti. dulu tak terfikir nak campur airbatu parut dgn ais kerim. mesti lagi sedap.

Tiada ulasan: