Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 21, 2013

Bazar Ramadan 1434

tadi ke bazar ramadan mencari juadah utk berbuka puasa pada hari ini. tahun ini ke bazar di usj4. bazar di ss18 tak dibuka kerana terletak bersebelah pembinaan laluan lrt/mrt.

saya rasa bilangan gerai di bazar usj4 lebih banyak drpd bilangan di ss18. mungkin ada peniaga bazar ss18 berniaga di ujs4 pada tahun ini? atau memang bilangan peniaga di usj4 lebih ramai drpd di ss18. yg penting bagi pengunjung adalah kebersihan dan juadah dijual.

ayah mencari laksam. adik pesan air tebu. kebetulan ada popiah basah walaupun tak sama popiah basah sek14 petaling jaya. emak pesan nasi kerabu. ikan bakar yg ada kurang menarik utk dibeli kami. memang seronok ke bazar ramadan. tahun ini tiada peluang ke bazar ramadan kg raja, besut sebab rancangan awal terpaksa dibatalkan. dan kami juga telah lama tak ke bazar ramadan pasir putih kelantan kerana dah beberapa tahun beraya di lembah kelang.

bau dan suasana bazar ramadan adalah antara 'trademark' bulan ramadan. apabila ke bazar memberi peluang bertemu kenalan yg pada bulan biasa jarang dapat bertemu. semoga dipanjangkan umur untuk melawat bazar ramadan 1435.

Tiada ulasan: