Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Julai 04, 2013

Meminta Sedekah atau Belas Ikhsan atau Berusaha

tadi semasa menjamu makan tengahari, saya dikunjungi beberapa orang untuk mendapatkan wang drpd saya. mereka yg datang drpd pelbagai peringkat umur.

yg pertama seorang memakai kopiah dan menjual makanan kering. beliau menyatakan.'tolonglah pakcik'. yg kedua memakai kopiah dan membawa kertas memungut derma. yg ketiga seorang remaja warga asing bertudung berbaju kurung menjual tisu. seorang berkopiah dan emmbawa surat bankrap. dan yg terakhir sekumpulan 3 remaja (filipino?) bermain gitar sambil mendendangkan lagu. kesemuanya mengharapkan imbuhan samada melalui pembelian barangan, perkhidmatan nyanyian atau derma.

saya tidak menghulurkan sebarang wang. bukan sebab saya kedekut. tapi sebab saya tak setuju cara mereka nak mendapatkan wang. cara2 mereka menyebabkan ramai pengunjung rasa tidak selesa dgn kehadiran mereka dan cara tujuan kehadiran mereka. mungkin ada diantara mereka yg benar2 jujur dan ikhlas dlm usaha mereka. tetapi ramai yg mengambil peluang utk mendapatkan wang secara senang.

kpd yg nak menderma, salurkan melalui zakat. kpd yg nakkan duit, berusaha secara jujur dan ikhlas serta elak gunakan imej islam utk meraih simpati.

Tiada ulasan: