Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Julai 03, 2013

Kenalan Baru

mereka berdua telah lama saya lihat di surau dekat rumah. mungkin mereka lebih dahulu ke surau daripada saya.

sudah beberapa kali saya duduk semeja dgn mereka utk makan malam selepas majlis bacaan yasin dan tahlil arwah. baru tadi saya tegur mereka. seorang berasal dari pakistan. dari daerah yg mereka gelarkan alps pakistan. beliau belajar di sebuah ipts. seorang lagi dari surabaya indonesia. beliau bekerja sbg buruh kontrak. dan telah lama berada di malaysia.

mungkin kesan belajar kaunseling menyebabkan saya cepat nak tegur orang yg belum dikenali. ada masa hasil kurang menarik spt yg ditegur kurang mesra. tetapi lebih banyak hasil yg positif dimana apabila berjumpa seterusnya, kenalan baru akan menyambut dan menegur saya dgn senyuman mesra.

Tiada ulasan: