Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 21, 2013

Pemurah dan Pengasihani

kita yg muslim akan membaca ayat ini 17 kali sebagai pembuka surah alfatihah 'dengan nama allah yang maha pemurah lagi pengasihani' iaitu setiap rakaat solat fardhu. kemudiannya di ayat ke 3 iaitu setelah membaca ayat ' segala puji kepada allah tuhan sekian alam' diikuti dgn ayat 'yg maha pemurah lagi pengasihani'. maka kita baca ayat ..pemurah dan pengasihani minima 34kali sehari.

ada yg berkata bahawa jika kita sendiri menjadi seorang yg pemurah dan pengasihani bermakna kita faham maksud ayat tersebut dari peringkat bacaan menjadi peringkat amalan. apabila kita sedar maksud seorang yg pemurah dan pengasihani, maka kita akan kurang menjadi seorang yg kedekut dan tidak pengasih sama ada kpd sendiri atau kpd makhluk lain.

bacaan adalah belajar, amal dan ajar. jika hanya baca tanpa belajar iaitu faham maksud dan mengamalkannya, kita masih sekadar mengulang tanpa atau kurang ilmu. membaca juga doa. maka apabila kita baca kita berdoa iaitu mengharapkan. sekadar berkongsi pandangan.


Tiada ulasan: