Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Julai 03, 2013

Sedia Bergerak

kita seeloknya sentiasa berada dlm keadaan bersedia utk bergerak. sama ada kerana tugas atau sebab lain.

saya banyak kali kena bergerak berkaitan tugas/kerja. ada kalanya arahan atau permintaan diterima pada saat akhir. memang ada kalanya rasa tak puas hati. tapi seeloknya ditanya untuk difahami kenapa arahan datang secara tiba2.ada masanya keputusan utk bergerak dibuat dalam sekelip mata. jika kerana perasaan, elok difikir dulu sebelum bergerak. jika telah difikirkan, mungkin elok difikir kali kedua.

saya juga biasa melepaskan jawatan. ada yg bagitau bahawa saya memang macam tu. iaitu saya ni jenis tinggalkan kerja separuh jalan. tapi pada pandangan saya, jika ada saya pun tidak akan menjadi satu yg positif sama ada kpd diri sendiri atau organisasi, elok saya tinggalkan organisasi.

memang saya banyak kali ditanya sama ada saya tak menyesal ke meninggalkan jawatan yg dipegang. pemahaman saya, rezeki ada di mana2. hendak atau tidak. saya tak suka memegang jawatan atau makan gaji atau terima hasil yg bukan hak saya kerana bukan usaha saya. dan saya alhamdulillah ada yg bertanya utk menawarkan jawatan kpd saya. secara tidak rasmi dah pun satu bintang. hehehe. mungkin selepas ni secara tak rasmi 2bintang. hanya dalam hati sahaja.

Tiada ulasan: