Seorang kawan bagitahu saya, 'Si XYZ tu talam dua muka' dgn nada amat marah. Saya kata, 'kan saya dah bagitau awal2 dulu'.
Jawab kawan saya,'Yalah, tapi saya ingin mengalaminya, ditikam dari belakang. Bila dah tahu keperitan barulah mengakui kata2 orang lain'. Ada baiknya apa yg kawan saya lakukan, iaitu mahu mengalaminya sendiri. Beliau tak mahu percaya bulat2. Tapi bagi saya ianya merugiksn beliau.
Maka semakin terserlah integriti seseorang atau sebaliknya dgn perjalanan masa. Sekali kita ditipu, memalukan penipu. Dua kali kita ditipu, memalukan diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan