Rekreasi adalah satu cabang dalam sukan mengikut seorang pegawai di Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Maka sukan dan rekreasi tidak boleh dipisahkan.
Ahli sukan perlukan disiplin untuk berjaya. Begitu juga dengan rekreasi. Ada yang salah anggap bahawa sukan dan rekreasi hanyalah untuk 'berseronok', 'buat sambil lewa' dan pelbagai aktiviti yang kurang serious. Maka adalah yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi 'guru' dalam sukan dan rekreasi dan tidak perlu kepada disiplin. Ini adalah anggapan yang SALAH. Disiplin bermaksud seperti pembelajaran. 'Disciple' adalah seorang pelajar.
Jika seorang guru tiada ilmu, maka aktiviti perguruannya adalah juga tiada berilmu. Mungkin ada 'pelajar' yang berminat mempunyai 'guru' seperti ini. baguslah. Memudahkan untuk menilaikan potensi pelajar tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan