Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, April 17, 2009

Amanah Tugas Akademik

Amanah tugas akademik juga dikenali sebagai ATA. Ianya menjumlahkan tugas dan tanggungjawab seorang pensyarah berkaitan akademik pada setiap minggu.

InsyaAllah, setelah bertahun2, saya mendapat ATA kurang daripada 20jam seminggu. Walau pun majoriti ATA saya adalah pentadbiran akademik, akademik bukanlah bermaksud memberi syarahan sahaja. Pada umumnya, setiap 1jam ATA memerlukan sekurang2nya 2jam masa kita. Maka, jika ATA adalah 18jam, sebenarnya memerlukan masa kita di uitm minima 36jam. Dan jika ATA kita adalah 25jam, memerlukan khidmat kita untuk uitm minima 50jam. Jadi saya akan berasa hairan jika seseorang itu inginkan ATA yg sangat2 banyak walau pun rekod kehadiran dan sumbangan untuk uitm pada setiap minggu adalah kurang daripada 30jam seminggu.

Adakah kita melakukan ATA kita dengan penuh amanah? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tiada ulasan: