Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Julai 16, 2010

Jika Produktif

Pagi dan petang tadi mesyuarat kualiti bersama auditor dalaman ined. mesyuarat utk meningkatkan pengetahuan ahli pasukan ke versi 2008 iso9001, dan persediaan utk audit dlm dan audit kualiti kolej bersekutu. cadangan asal sehingga 4ptg, tetapi realiti sehingga hampir jam 5ptg.

mantan bos saya berada di pejabat lama beliau utk ambil sebahagian drpd barang2nya. beliau terpaksa berbuat demikian krn ruang pejabatnya yg baru adalah berkongsi dgn pensyarah lain. walau pun beliau telah lama di shah alam, baru2 ini shj beliau kembali ke fakulti. beliau antara warga uitm yg amat produktif. dan beliau selama ini telah ditugaskan dipelbagai tempat.

dukacita, untuk sementara waktu, beliau tidak pejabat tetap di fakulti. dan beliau hanya dpt menumpang sementara. sedih juga mendengar ganjaran kpd seorang yg banyak menyumbang kpd penambahbaikan universiti. adakah ini tanda2 bhw lebih baik kitakurang atau tidak produktif?

mesyuarat tadi mengumpul mereka yg produktif di bahagian saya. yg muncul spt biasa, muka2 yg sama shj. seorang bos menyatakan 'ini ganjaran kpd yg produktif. kita sentiasa diminta membantu organisasi. tetapi bila masa penilaian utk ganjaran, selalunya kita diketepikan.' saya setuju. dan saya suka ingatkan, rezeki jika bukan sekarang,insyaallah ianya akan datang juga sbg balasan sumbangan kita utk kebaikan diri dan masyarakat. teruskanlah berproduktif.

Tiada ulasan: