Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 31, 2010

Bajet - Kereta

ada orang melihat mempunyai kereta sbg tanda berjaya. dan jenis kereta dimiliki tanda tahap kekayaan kita. ada betul, ada tak.

kerajaan benarkan pegawai kerajaan mengambil pinjaman kereta maksima 30% drpd gaji bulanan. maka jika gaji rm2,000, bayaran bulanan maksima dibenarkan adalah rm600. jumlah tahun utk dibayar balik pinjaman tidak diambil kira.

bagi saya, harga kereta yg mampu dibeli adalah bersamaan 10 bulan gaji. maka jikagaji rm2ribu,kereta yg boleh dibeli harga hanyalah rm20ribu. tiada kereta baru harganya sedemikian. alhamdulillah, harga kereta saya semasa saya beli (2nd hand) adalah hampir 10bulan gaji saya. setiap bulan bayar balik pinjaman hampir rm700. insyaallah, tahun 2011, selesai hutang saya utk kereta.

kos kereta sebulan bukan hanya bayaranbalik pinjaman. kos minyak, tol, parking dsbnya seperti selenggara/maintenance. tadi saya tukar tayar kereta saya. beza harga dgn kali terkhir tukar rm50 sebiji. jadi sebenarnya kos sebulan memiliki sebuah kereta lebih drpd 30% gaji seseorang (umumnya).

Tiada ulasan: