Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Julai 23, 2010

Projek UiTM di Taman Negara (1)

Projek rasmi UiTM di Taman Negara bermula dengan lawatan ke Taman Negara, Pahang oleh pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM pada bulan Februari 2006. Selain daripada pelajar FSR, turut serta adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof.DrRahmat Mohamad, Dekan FSR Prof.Madya Dr Anuar Suun dan Pensyarah FSR, Encik Badrul Hisham bin Hussein. Hasil daripada lawatan tersebut, lahir sebuah cadangan untuk UiTM melibatkan secara rasmi dan lebih bercorak tetap di Taman Negara, Pahang. Aktiviti utama untuk kehadiran UiTM di Taman Negara, Pahang adalah aktiviti penyelidikan.

Lawatan rasmi untuk mendapat pandangan wakil lembaga pengarah universiti (LPU) telah diketuai oleh Pengerusi LPU, Tan Sri Dr Wan Zahid pada Mei 2006. Turut serta dalam lawatan tinjauan ini adalah dekan-dekan beberapa buah fakulti termasuk Prof.Dr Mohamad Kamal Hj Harun, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) UiTM dan Prof Dr Rahmat Mohamad. Hasil daripada lawatan tinjauan ini UiTM bersetuju mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pengarah Perhilitan, Dato’ Musa Nordin.

Hasil mesyuarat pengenalan UiTM dan Ketua Pengarah Perhilitan berkenaan peluang UiTM di Taman Negara adalah mesyuarat lanjut diantara wakil UiTM yang diketuai oleh Prof Dr Rahmat Mohamad bersama pengurusan atasan Perhilitan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perhilitan. Hasil daripada beberapa mesyuarat dan perjumpaan berkaitan dayauntung penglibatan UiTM di Taman Negara Pahang adalah persetujuan pada 2007 diantara UiTM dan Perhilitan untuk UiTM menubuhkan Pusat Penyelidikan UiTM-Perhilitan (sekarang dikenali sebagai Kuala Keniam Research Centre - KKRC). Keniam Model: A Strategy for Enhancing R&D Programmes telah dipertandingkan pada IID 2009 dan MTE 2009 untuk memperkenalkan kejayaan KKRC.

Tiada ulasan: