Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 25, 2010

ICT - Canggih

ICT saya maksudkan kali ini adalah teknologi komunikasi maklumat. saya masih hairan bagaimana maklumat dpt disampaikan dgn sekelip mata sahaja.

tadi saya dan bonda saya bauru berbual dgn adik di luar negara. kalau cara dahulu2, kita tulis surat. kemudiannya kita telefon. kemudiannya kita emel. lepas tu terbaru kita chat melalui internet. sekarang kita berbual spt berada di hadapan aje menggunakan 'skype'. dan yg bestnya ianya percuma.

mula2 guna skype, ayah dan ibu terkejut mendengar suara anak yg jauh di perantauan seolah2 berada di dalam rumah. ayah terbangun drpd tidurnya. dgn skype tak boleh sorok2. kita nampak dan mereka di sana pun nampak. terubat kerinduan bg yg berada jauh d perantauan.

dulu2 kita berasa hairan bgmana boleh kita diperhatikan drpd jauh. bgmana utk memerhatikan ramai pd satu masa yg sama. bgamana maklumat disampaikan ikut 'realtime'. skrg dgn teknologi terkini (yg akan sentiasa meningkat ke lebih canggih)kita kagum dan percaya bhw maklumat yg berada di mana2 akan mudah dikongsi.

maka janganlah kita berasa hairan jika anggota badan kita menjadi saksi di akhirat nanti.janganlah kita berkata bhw apa yg kita lakukan tiada yg akan tahu. Allah Maha Mengetahui. di akhirat nanti, segalanya akan dipertontonkan sebagai bukti.

Tiada ulasan: