Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 11, 2010

Makan2 bersama kaum keluarga

tengahari tadi, ada makan2 di rumah saya. jemputan hanyalah keluarga generasi satu, generasi kedua dan ketiga sebelah bapa saya. dan satu keluarga sebelah ibu saya. generasi pertama adalah adik beradik ayah dan ibu saya serta seangkatan dgn mereka termasuk sepupu kedua ibubapa saya.

kehadiran generasi ketiga mengingatkan usia saya. masa amat cepat berlalu. saya masih terasa seolah2 masih di tahun 90an. masih berusia lewat 20an ke awal 30an. tetapi apabila tiga anak kpd sepupu saya dan dua anak kpd dua pupu saya hadir, say telah pun bergelar pakcik. kekok juga tadi sebab majoriti yg lain memanggil saya abang. maka kekadang tersasul juga bila bercakap dgn anak2 pupu2.

dalam keluarga saya, saya antara yg terawal mengambil perakaunan. selepas saya, ramai saudara mara yg mengambil jurusan akaun. tadi, ada 5 orang (sepupu an anak pupu) yg hadir yg berada dlm bidang akaun tidak termasuk saya. 3 sedang menuntut di uitm. dan tadi juga ada 4 orang yg sedang menuntut di uitm. memang uitm di hati keluarga saya.

tujuan makan2 tadi utk merapatkan silaturrahim. maklumlah, apabila dan pangkat pupu2, akan jaranglah berjumpa. ini adalah realiti zaman kini. kalau masa muda2, memang sempat berjumpa terutama semasa raya puasa. sekarang, masing2 dgn urusan masing2 krn telah dewasa.

Tiada ulasan: