Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 18, 2010

Seminar Pertama SPS233 EPJJ Jul 2010

Pagi tadi saya berseminar pertama dgn kumpulan diploma sr. mengikut senarai, sepatutnya ada 9 peljar, ttp tadi hanya ada 7pelajar. yg dua tadi mungkin ada masalah komunikasi. bilik kuliah telah berubah ke bk9 dari bk4. dan masa telh bertukar dgn kursus sport sociologi bersama dr rozita.

seminar tidak sama dgn kuliah. pd setiap semester, seminar adalah 2jam x 5 perjumpaan. jumlahnya 10jam shj. kuliah biasa adalah 3jam seminggu x 14 minggu = 42jam bertemu dgn saya secara bersemuka. maka ada perbezaan 32jam. ini diganti dlm bentuk pertemuan secara elektronik melalui iclass. setiap pelajar dan pensyarah (lebih tepat - learning facilitator) mesti 'bertemu' melalui iclass minima sekali pada setiap minggu. kerana pelajar epjj adalah pelajar matang, sedang atau telah bekerja, maka diandaikan masa pertemuan tidak perlu sehingga 42jam setiap semester utk setiap kursus.

pesan saya kpd pelajar epjj saya, ' hantar semua tugasan, semak lesson plan, bersedia sebelum setiap seminar dan perbincangan melalui i-class'. insyaallah, dgn kesungguhan yg ditunjukkan, lulus adalah mudah. tetapi saya lebih suka jika pelajar mendapat cemerlang, sekurang2nya A-.

Tiada ulasan: