Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Julai 23, 2010

Kecemerlangan Diri (2)

Majlis kedua berlangsung selepas isyak. pada asalnya cadangan diadakan walau hanya ada 2 orang shj. 2 drpd 120++ adalah lebih baik drpd 0 drpd 120++. Tetapi cadangan telah dihebahkan di dalam internet.

Maka seorang demi seorang drpd kami menyatakan kesanggupan utk turut hadir. Selain drpd majlis tahlil adalah juga utk mengutip sumbangan RM kpd keluarga arwah sahabat yg baru meninggal dunia. Mereka yg tidak dpt hadir ke majlis semalam menyatakan kesediaan utk menyumbang RM melalui wakil ataupun terus ke dlm akaun keluarga atau wakil keluarga arwah.

saya pada asalnya tidak pasti dpt hadir ke majlis semalam. ianya di setiawangsa. pada hari minggu perjalanan mengambil masa 45minit (kelajuan saya). selepas waktu pejabat saya anggarkan kemungkinan besar saya akan lambat sampai ke majlis. tetapi seorang sahabat mengajak saya pergi bersamanya. beliau mengambil saya di rumah saya. terima kasih.

walau bagaimana pun, perjalanan kami drpd sebelum tol subang ke tol jalan duta mengambil masa lebih 1jam. akibat kesesakan trafik yg ingin pulang ke rumah selepas waktu pejabat. alhamdulillah, kami sampai di rumah sahabat sebelum isyak setelah singgah solat maghrib di masjid setiawangsa.

seramai 11 orang sahabat2 yg hadir. tetapi semasa membaca yasin saya mengira ada 12 orang tidak termasuk anak seorang sahabat. adakah mata saya telah rabun atau kiraan saya silap? lebih drpd sekali saya buat kiraan yg menunjukkan jumlah yg membaca yasin adalah 13 orang termasuk saya. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

kami hadir kerana mengingati sahabat2 yg telah tiada. kehadiran kami bersama2 selalunya akan bercerita memori bersama2 yg bermula 30 tahun yg lalu. terima kasih kpd sahabat2 yg telah tiada dan yg masih bersama. Hanya Allah Jua Yang dapat membalas seadil2nya kpd para sahabat. reputasi memori bermula 30tahun yg lalu insyaallah akan sentiasa segar dlm ingatan saya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahman dan rahimNya kpd roh arwah2 sahabat saya dan roh arwah2 ahli keluarga dan saudara yang telah kembali kpdNya.

Tiada ulasan: