Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 24, 2010

Kaya ...Tanpa Usaha

Ramai yg ingin kaya tanpa perlu berusaha atau tidak perlu usaha yg banyak. maka menggunakan impian (mimpi? angan2?) ini ramai mereka yg tidak fikir tentang dosa cuba mengambil peluang utk mengkayakan diri mereka sendiri. dan yg jadi mangsa adalah mereka yg kurang ilmu tentang menjadi kaya.

saya bukan pakar utk jadi kaya. jika diukur drpd kekayaan duit, jumlah duit saya tidak memenuhi definisi seorang yg kaya. jika diukur kaya dgn harta spt rumah, saya tiada rumah sendiri. jika diukur kekayaan dgn bilangan kereta, ya saya ada kereta lebih drpd 1 ttp nilai keseluruhan kereta saya tidak sampai rm40ribu. maka saya tidak boleh dijadikan model utk menjadi kaya drpd segi material.

saya suka membaca. mungkin saya kaya dgn bilangan buku yg saya miliki. diantara buku2 yg saya ada dan baca ada bercerita tentang kekayaan. antara buku utama bercerita tentang kekayaan adalah al-quran. untuk kaya dinyatakan dlm al-quran dan buku2 bacaan lain bhw perlu kpd usaha. dan usaha tersebut janganlah menyusahkan orang lain ataupun persekitaran kita.

untuk kaya ilmu, antaranya kita mesti membaca. utk membaca kita mesti ada buku. kekayaan melalui ilmu antaranya di ukur dgn kelayakan akademik kita. dan sbg pelajar, kekayaan ilmu diukur dgn penilaian spt ujian dan peperiksaan.

Tiada ulasan: