Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Julai 23, 2010

Projek Taman Negara UiTM (2)

Projek Penyelidikan Taman Negara UiTM (2006) telah ditukarkan kepada Pengurusan Penyelidikan Taman Negara UiTM pada 2008. Di antara pengetahuan dan kepakaran yang dapat dikongsi bersama masyarakat bumiputera Kuala Tahan adalah:
i. aktiviti sukan dan rekreasi air,
ii. aktiviti sukan dan rekreasi darat
iii. pengurusan fasiliti taman dan pusat pelancongan
iv. pengurusan makanan
v. penyelidikan herba dan tumbuhan tempatan
vi. pengurusan kesihatan persekitaran dan kualiti kehidupan
vii. meningkatkan kesedaran akademik
viii. mencungkil bakat sukan masyarakat tempatan
ix. khidmat nasihat kesihatan dan kecergasan
x. khidmat nasihat dan pembangunan keusahawanan

Pada 2008, SIFE UiTM mula mengadakan aktiviti sebagai sebahagian daripada keperluan untuk pertandingan SIFE. Pada 13 Julai 2010 di PWTC, SIFE UiTM Berjaya menjadi juara SIFE Malaysia dan akan mewakili SIFE Malaysia ke SIFE 2010 World Cup di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 10 Oktober 2010. Projek SIFE UiTM di Kuala Tahan, kampung yang menjadi pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang melibatkan kerjasama dengan JKKK Kuala Tahan. Objektif utama SIFE UiTM di Kuala Tahan adalah untuk meningkatkan tahap ekonomi masyarakat (SES) melalui peningkatan penduduk Kuala Tahan dalam aktiviti keusahawanan. SIFE UiTM menyumbang melalui pendedahan dan perkongsian ilmu daripada UiTM kepada penduduk Kuala Tahan. Sehingga kini, projek SIFE UiTM di Kuala Tahan melibatkan aktiviti penginapan, kebudayaan, pusat penerangan pelancong dan aktiviti melibatkan ikan kelah.

Taman Negara secara keseluruhan dan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang mempunyai potensi yang luas untuk UiTM menjalankan jaringan industri dan masyarakat. Ini selaras dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR) UiTM yang sentiasa ingin mengubah destini anak bangsa bukan sahaja terhad melalui perkongsian ilmu di bilik-bilik kuliah di UiTM. Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Taman Negara sehingga 2010 dianggotai oleh TNC R&I (pengerusi), TNC JIM (timb.pengerusi) dekan2 beberapa buah fakulti dan beberapa pensyarah spt PM Dr Mohd Nazip (Pokok), Mohd Salleh Daim (Park Management).

Tiada ulasan: