Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 17, 2010

Majlis ISO Kolej Teknologi Timur

petang tadi saya di nilai spring resort. saya menghadiri satu majlis mega reunion alumni dan penganugerahan sijil iso 9001:2008 kolej teknologi timur (ktt), sebuah kolej bersekutu uitm. seramai 6 staf ined yg turut hadir.

kolej bersekutu (kb) uitm adalah ipt swasta milik bumiputera yg menawarkan samada program pra diploma atau diploma uitm. kini terdapat 25 buah kb. ktt mula menjadi kb pada 2006. antara prg uitm ditawarkan adalah pra diploma, dip art & design, dip office mgt. pada peperiksaan baru2 ini, seramai 20 lebih pelajar mendapat anugerah dekan.

ktt adalah kb yg pertama yg mendapat bimbingan sepenuhnya drpd ined uitm utk mendpt sijil iso 9001:2008. pemimpinnya datin noriyani amat komited dlm mematuhi kehendak uitm agar kb uitm mendapat sijil iso selewat2nya pd 31 disember 2010. objektif utama pensijilan iso utk kb adalah sebagai bukti kb mengendalikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran adalah memenuhi minima standard antarabangsa. terdapat kb yg menggunakan khidmat perunding selain drpd ined dan telah berbelanja rm20 ribu. bagi khidmat drpd ined uitm, ktt hanya menanggung kos makan utk fasilitator shj.

mereka yg hadir drpd ined tadi adalah mantan pengarah ined, mantan timb pgh ppu, timb pengarah ppu, ketua ppu, wakil dekan fakulti sains gunaan dan saya. majlis berakhir pada 6ptg. setelah bergambar, saya sampai di rumah setelah maghrib. terima kasih kpd datin noriyani dan staf ktt yg sudi menjemput kami drpd ined. tahniah seklai lagi drpd saya ke atas kejayaan ktt mendapat sijil iso sebagai memenuhi kehendak uitm.

Tiada ulasan: