Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 24, 2010

Buku dan Ilmu

Bacalah... dengan nama Tuhanmu.

Ada pelbagai cara untuk membaca. ada dgn mengikut guru membaca. kita ulang apa yg dikatakan oleh guru kita. guru akan membetulkan bacaan kita. dan kita akan diminta mengulang semula bacaan kita mengikut apa yg dibetulkan guru.

sekarang bacaan adalah dgn membaca buku. ini kerana guru tidak boleh sentiasa berada dgn kita. maka kita baca buku, kemudiannya semasa kuliah kita bertanya kpd guru utk memastikan bhw bacaan kita memberi pemahaman yg tepat. guru akan membetulkan pemahaman yg silap drpd bacaan kita.

maka setiap pelajar saya dimestikan mempunyai buku. kalau tidak ada buku, bgmana nak membaca. bgmana nak mendapat ilmu. bgmana nak berbincang dgn saya utk mengetahui ilmu sudah diperolehi adalah betul. sebagai 'guru', saya pun perlu emmbaca. saya pun perlu berguru dgn orang lain.

saya tidak boleh mengatakan ilmu saya betul jika saya tidak pernah berguru ilmu tersebut. ianya akan menjadi ajaran sesat. jika ajaran sesat dipelajari akan menyebabkan pegembangan ajaran sesat melalui pelajar kita. siapa yg bertanggungjawab? guru ajaran sesat? atau siapa???

Tiada ulasan: