Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Julai 08, 2010

Marah...

Marah adalah antara sifat kita. ada pelbagai sebab utk kita berasa marah. ada kerana tidak puas hati. ada sebab utk menyorokkan kelemahan kita.

hari ini spt biasa saya berjumpa dgn ramai orang yg berasa marah. kemarahan mereka alhamdulillah, bukanlah kpd saya (saya harap2lah)spt kata atau gerak badan mereka. drpd pangkat yg atas hingga ke bawah, orang biasa akan berasa marah. pengalaman saya, apabila orang marah, saya dengar dulu. tapi kalau ada tanda2 nak menyusahkan saya secara fizikal, maafkan saya kaalu anda pula yg tersungkur dan mengaduh.

ada yg tidak puas hati dgn ketua, ada yg tidak puas hati dgn orang bawah. ada yg tidak puas hati dgn pensyarah. ada yg tidak puas hati dgn pelajar. kebanyakan berkaitan apabila ada yg tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah. maka ada yg terus hilang keyakinan dan hormat kpd mereka yg baru atau lama dikenali.

saya biasa ditegur. saya biasa dimarahi. dan orang yg tegur dan marah saya akan terus marah apabila melihat saya masih mampu senyum. senyuman saya bukan memperlikan orang memarahi saya. saya senyum kerana kasihankan mereka. ada sebabnya knp saya kasihankan mereka. ianya ada kaitan dgn harga diri.

Tiada ulasan: