Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Julai 14, 2010

Sentiasa Bersyukur dan Mengingati



sesungguhnya manusia ini sentiasa dlm kealpaan. sentiasa mudah lupa. sentiasa tidak bersyukur. manusia selalunya hanya akan mengingat kpd Yang Maha Berkuasa apabila berada dlm kesempitan dan kesusahan. saya tidak terkecuali.

gambar di atas adalah gambar seorang drpd rakan sepersekolahan menengah. beliau mengidap barah. alhamdulillah seorang lagi sedang pulih setelah lama sakit. kawan seorang lagi sudah kembali berat badan spt sebelum sakit. tetapi dukacita kawan saya yg ini masih dlm proses pemulihan.

beliau antara mereka yg amat aktif bersukan. setelah sekolah menengah, saya berpeluang berjumpanya semasa diploma di itm. beliau datang ke shah alam mewakili itm sarawak dlm sukan ragbi. kerana seronok melihat kawan lama, saya menjerit sekuat2 hati 'iban..'. kesemua kontijen sarawak melihat saya dgn pelbagai rupa. saya terlupa, panggilan iban bukan milik kawan saya seorang shj.

marilah kita sama2 berdoa agar saudara saya ini kembali pulih seperti sediakala dgn izin Allah. marilah kita sentiasa bersedia dan ingat kpd Allah. kita boleh kembali kpd Nya pada bila2 masa tanpa mengira usia.

Tiada ulasan: