Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 17, 2010

Allah Jua Yang Kekal Abadi

Pagi tadi saya terima sms drpd seorang sahabat. Ianya memaklumkan bhw seorg drpd sahabat kami sudah kembali kpd Yang Maha Esa. arwah mengidap sakit barah paru2. gambarnya dan kisahnya saya paparkan di catitan blg beberapa hari yg lepas.

Kita dipanggil kembali kpd Nya tidak mengira usia. ada yg mungkin diberitahu awal2. seorang saudara dimaklumkan beliau mempunyai hanya 8bulan shj. tetapi Allah memberi saudara saya masa yg lebih lama. dan masa2 tersebut dipenuhi dgn beribadah kpdNya. Ianya sbg membawa persiapan yg seberapa yg termampu sebelum bertemu Pencipta kita.

kita selalunya alpa dan lupa tentang persediaan sebelum kembali kpdNya.ianya kerana kita sangka bhw kita masih punya banyak masa sebelum dipanggil kembali kpdNya. kita sangka kita punya banyak masa krn usia masih muda. krn kita masih sihat.krn kita masih bekerja. krn kita masih belajar. krn kita orang berada. krn kita orang berkuasa.

Allah memanggil kita kembali kpdNya pada bila2 masa yg Allah tentukan. Bersama2lah kita hadiahkan bacan alfatihah kpd kesemua mereka yg telah kembali kpdNya. kita hadiahkan juga bacaan alfatihah setiap hari kpd Rasulullah dan keluarganya, kedua ibubapa kita, diri kita, kaum keluarga dan sahabat kita, semua umat Islam yg hidup dan telah mati. ianya hanya memerlukan sedikit sahaja masa kita pada setiap hari. seeloknya, bacalah hadiah ini selepas solat subuh setiaphari.

Tiada ulasan: