Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Julai 29, 2010

Desaru Jul 2010

saya ke desaru 3hari 2malam. bertugas. menilai kolej bersekutu yg tawarkan program uitm. dan ini adalah kali kedua saya ke kolej tersebut serta desaru.

pada kali pertama saya pergi semasa cuti pertengahan sem lepas.yg tak bestnya, setelah sampai di hotel, saya sakit kepala drpd jam 6ptg sehingga 4pagi. dehydration yg teruk. perjalanan semasa cuaca panas dan aircond yg kuat.maka tahap dehydration amat cepat.

alhamdulillah, kali ini, saya tiada sakit kepala. cuaca yg tidak panas terik semasa perjalanan. saya juga halakan aircond ke arah yg tidak menghadap saya secara direct. dan mungkin kerana kereta pun selesa, nissan serena baru (belum 1 tahun) uitm.

saya seronok melihat pensyarah utk sr113 amat bersemangat menjalankan amanah di instedt.terutama lepasan fsr. ketua program adalah ustaz, jurukayuh kayak saya semasa final camp di perhentian beberapa tahun dahulu. pelajar program usahasama uitm juga amat bersemangat mengikuti om114 dan sr113. semasa temuduga,ada yg fasih berbahasa inggeris. dan bekeyakinan bersoal jawab. tahniah.

pengurusan instedt amat perihatin dgn kualiti pengajaran dan pembelajaran. kepimpinan yg di terajui oleh dr mat jizat mahukan pensyarah dan pelajar berkualiti dan beramanah. syabas dr mat jizat. saya doakan hasrat dr tercapai mendidik dan memimpin anak bangsa demi agama.

Tiada ulasan: