Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Julai 13, 2010

Integriti dan Kerja

Bekerja di swasta dan kerajaan memerlukan integriti. ramai yg salah anggap hanya bekerja dgn kerajaan shj amat memerlukan integriti. jika tiada yg menawar, maka bagaimana hendak menerima?

tadi pakcik saya bercerita dugaan semasa bekerja dgn kerajaan. banyak dugaan apabila di tempat membuat keputusan berkaitan pembelian. tetapi kerana sifat tegas dan amanah beliau, beliau dikenalai sbg seorang berintegriti. beliau pernah memohon berkali2 utk ditukar ke bhgian lain utk mengurangkan tekanan dan dugaan supaya beliau lebih selesa bekerja. tetapi beliau masih ditempatkan di bahagian tersebut kerana kepercayaan dan keyakinan ketuanya terhadap sifat pakcik yg amanah.

setelah beliau berhenti dgn kerajaan, beliau berniaga. beliau membina pelbagai benda. dan selalunya bidang ini dikatakan antara jenis perniagaan paling kurang amanah. pakcik tetap dgn cara beliau bekerja secara amanah. malah beliau terkejut apabila ada subkon yg menghulur pemanis utk mendapat lebih banyak kerja drpd pakcik. pemanis tersebut dicampak sehingga bertaburan di lantai. seminggu kemudian subkon tersebut memohon maaf kerana menyangka pakcik seumpama mereka yg lain di bidang membina.

pakcik saya ini juga merupakan seorang drpd guru2 saya. jika anak murid tidak amanah, ianya seolah2 mencerminkan gurunya. maka jika guru menipu dan tidak amanah, adakah ianya bermakna guru kpd guru juga tidak amanah? bekerja dan belajarlah dgn penuh integriti.

Tiada ulasan: