Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 12, 2010

Juara Dunia

Pagi tadi beakhirlah piala dunia fifa 2010 utk bolasepak. ianya telah berlangsung selam sebulan. saya bertuah dapat melihat gol kemenangan sebaik saya bangun drpd tidur.

semasa kuliah perakaunan dan kaunseling saya kaitkan ciri2 utk jadi juara dunia. antaranya 1. usaha secara sistematik. 2.berdisiplin. dan saya tanya kpd pelajar saya makna disiplin. saya kongsi bhw ia ada kaitan bersedia utk mengikut guru. bersedia utk mendapat ilmu.

komen pengulas pada penghujung perlawanan bhw spain mengaut hasil drpd usaha kelab barcelona. saya kongsi dgn pelajar saya bhw barcelona mula melatih bakal pemain profesionalnya drpd usia 8 tahun lagi. mereka mempunyai 8 buah padang yg digunakan sbg kelas utk melatih peringkat kemahiran yg berbeza. antara hasil mereka adalah beberapa diantara pemenang piala dunia 2010.

dan tadi uitm bermesyuarat utk pks bolasepak. semasa kuliah kaunseling saya maklumkan kpd pelajar bhw selain psikologis sukan dan jurulatih, sebuah pasukan sukan perlu ada seorang kaunselor sukan utk membantu menangani isu psikoemosi ahli sukan. siapakah kaunselor sukan utk pks di uitm?

Tiada ulasan: