Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 09, 2011

Dewan Yang Melimpah2

hari ini hari kedua icfc 2011. alhamdulillah ianya berjalan lancar. ianya telah ditangguhkan pada jam 5.30ptg dan insyaallah akan berlangsung icfc 2012, tetapi dgn pengerusi baru kerana pengerusi semasa sudah bersedia memberi peluang kpd yg sanggup.

jika semalam, pembentang antaranya adalah ketua polis negara, pada pagi tadi dan seterusnya tidak kurang hebat para pembentang. ianya dimulakan dgn ketua pesuruhjaya sprm. dewan melimpah sehingga terpaksa ditambah kerusi. majoriti peserta dlm dewan pada masa tersebut adalah drpd sprm, pdrm dan lain2 agensi kerajaan.

timbalan auditor negara mewakili auditor negara. kemudiannya selepas rehat disambung di dewan utama oleh akauntan negara. sdr kamal afandi turut menjadi pembentang. bilik seminarnya melimpah2 dgn peserta sehingga ada yg terpaksa ke tempat lain kerana tidak muat. ramai yg berdiri utk mendengar perkongsian drpd sdr kamal.

selain drpd menambah ilmu di konvensyen, kita juga menambah jaringan kenalan. dan tadi saya berpeluang bertukar2 pandangan dgn pegawai2 sprm lanjutan drpd semalam. insyaallah, para pelajar saya akan didedahkan kpd sprm utk mengelak drpd rasuah.

tahniah dan terima kasih prof nun. insyaallah, jika diperlukan lagi saya pada tahun depan, saya sedia berkhidmat.

Tiada ulasan: