Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Jun 27, 2011

Ilmu Sebagai Pusaka

nenek saya sebelah ayah mempunyai 4 orang anak. kesemuanya lelaki. nenek membesarkan anak2nya sebagai ibu tunggal.

nenek dan keempat2 anaknya berpindah ke rumah berdekatan dgn sungai kelantan setelah berpindah dari berek di hospital kota bharu. mereka berpindah dgn sebuah basikal dan sebuah beca roda tiga.2 anaknya yg tua menaiki basikal sementara nenek dan 2 anaknya yg muda menaikki beca. rumah nenek berhampiran dgn panggung lido.

rumah tua itu tiada lagi sejak awal 80an. panggung lido sudah tiada juga. begitu juga dgn nenek. beliau telah kembali kpdNya pada 1994. dan pada khamis lepas, anak bongsu nenek mengikuti nenek kembali kpdNya. ketiga2 anak yg lebih tua hadir mengucapkan selamat jalan kpd adik mereka.

nenek tidak meninggalkan banyalk harta kpd anak2nya. mungkin ada yg berpandangan sebaliknya. tetapi keempa2 anak nenek, termasuk ayah saya berjaya menamatkan pengajian ke peringkat universiti. ianya kejayaan bagi sebuah keluarga ibu tunggal, melayu di kelantan pada tahun 60an. dan saya masih ingat dan jelas dlm diri saya keempat2 gambar ayah dan saudara2nya digantung di rumah nenek. gambar mereka adalah bukti kejayaan mereka dibesarkan dgn usaha nenek.

ilmu yg dipusakakan tidak akan habis berbanding harta. maka sentiasalah berusaha utk meningkatkan ilmu saudara kita.

Tiada ulasan: