Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Jun 19, 2011

Juru Kira di Perkama

saya adalah seorang drpd jurukira utk perkama, persatuan kaunseling malaysia. maka saya adalah seorang drpd exco perkama, tapi pangkat paling bawah. saya orang terakhir dipilih semasa mesyuarat agung tahunan perkama pada 2009 di upm. tempoh saya memegang jawatan ini akan tamat pada 22jun ini di akademi kenegaraan, semasa mat perkama.

saya dicadangkan dan disokong sebagai jurukira perkama berdasarkan latarbelakang saya dlm perakaunan. pencadang saya setelah menyebut nama saya menyatakan latarbelakang saya. dan penyelia saya utk penyelidikan di um bagi sarjana kaunseling telah menyokong cadangan tersebut. saya rasa amat kerdil apabila duduk sebaris dgn exco perkama yg lain. maklumlah, majoriti adalah prof, dr dlm kaunseling.

semalam saya menjalankan tugas sbg jurukira perkama di pejabat perkama di kajang. dan saya cadangkan agar saya dibenarkan utk mengadakan kursus asas perakaunan, kursus asas iso dan kursus asas pengurusan kpd staf perkama, exco perkama dan ahli perkama. ianya utk membantu melicinkan lagi perjalanan organisasi dan diri. insyaallah, ianya akan diadakan seberapa cepat yg boleh mengikut jadual saya.

Tiada ulasan: