Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Jun 26, 2011

Membina Pasukan

terima kasih kpd encik hisyam che mat kerana sudi menjemput saya utk berkongsi dan mendapat pengalaman sbg fasi program bina pasukan apb. ianya telah dijalankan di hotel impian morib.

alhamdulillah, kehadiran peserta hampir 100% iaitu melebihi 90%. ianya antara tertinggi jika dibandingkan dgn program2 bina pasukan uitm anjuran ilqam mengikut ustaz janudin, td hep apb yg juga mantan ketua di ilqam.pengurusan atasan apb kesemuanya hadir. tiada menggunakan alasan isteri saya tak benarkan, saya berbadan besar, saya sentiasa sakit, dsbnya.

ramai diantara peserta adalah kenalan saya. tetapi sbg profesional, apabila menjalankan tugas, kita perlulah secara profesional. jika kita ada saudara mara yg dekat terlibat semasa kita menjalankan tugas, kita mesti nyatakan. ianya untuk mengelakkan drpd bersikap bias. ianya boleh disalahkan sebagai salahguna kuasa atau tak amananh kerana kemungkinan besar kita tidak akan melakukan tugas secara objektif. kita manusia adalah makhluk yg lemah dan mudah terpengaruh dgn emosi.

keyakinan diri dan kerjasama adalah antara yg diperlukan ahli utk pasukan berjaya. matlamat organisasi lebih penting drpd matlamat ahli. jika kita asyik pentingkan diri shj, contohnya spt kita nak ajar atau menyelia dlm bidang yg kita kurang atau tiada ilmu, ianya boleh menjejaskan namabaik organisasi. ingatlah.. dan ubahlah sikap pentingkan diri sendiri shj. sebuah organisasi dilihat secara keseluruhan. janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tiada ulasan: