Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 02, 2011

Dia Selesema Cikgu

dah masuk hari keenam. esok cukup satu minggu saya selsema. ianya bermula pada sabtu lepas.

saya berasa tidak sedap badan pada pagi sabtu. bangun drpd tidur, hidung mengingatkan saya tak cukup rehat. maklumlah, saya tidur dah lepas jam 2pagi. 6.30pagi dah bangun kerana kenderaan dari uitm ke kuala tahan pada 8.00pagi. kerana pemandu tak pernah bawa saya dgn kenderaan uitm, maka dia tidak tahu lokasi rumah saya.

perjalanan dlm cuaca panas. maka aircond dipasang. mujur saya bawa topi tutup kepala. tapi dari awal perjalanan terpaksa pakai jaket. saya nak mengelakkan sakit kepala kerana dehydration. maka saya perlu minum air banyak semasa perjalanan. alhamdulillah, semua bekalan cukup.

dan tadi saya ke pusat kesihatan uitm. agak lama juga nak selesaikan urusan. bermula jam 2.35 (pada tiket), hampir jam3.30ptg baru selesai. ramai yg tidak sihat ke pk termasuk seorang pelajar saya. saya ke pkuitm kerana ianya menjimatkan kos perubatan uitm. tetapi lebih baik kita cegah drpd tidak sihat. bagaimana? bersenam, jaga makan dan cukup rehat. tetapi selsema ini tidak akan menyebabkan saya serik ke taman negara, utk menikmati keindahan alam milik Allah.

Tiada ulasan: