Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Jun 15, 2011

Kerja Dlm Perniagaan

ramai yg nak kerja dgn kerajaan. mungkin sebab gaji akan tetap diterima pada setiap bulan tanpa mengambil kira prestasi kita.

ramai juga kerana pencen akan didapati. ada kerana kuasa yg datang dgn pejabat yg diduduki. ada kerana dipaksa keluarga. ada kerana manafaat lain selain kewangan.

bagi yg makan gaji dgn perniagaan, risiko berkaitan gaji adalah berbeza. jika tidak 'perform', maka kemungkinan tiada kenaikan gaji. tetapi lain pila jika bekerja dgn perniagaan milik kerajaan. pekerja ini melihat pekerjaan mereka seolah2 spt bekerja sbg pegawai kerajaan. maka mereka tidak kisah organisasi untung atau rugi. mereka jadi malas utk berusaha utk meningkatkan perniagaan.

alasan adalah kebiasaan. cadangan utk meningkatkan keuntungan kurang diterima. maka saya bersetuju jika mereka ini dibuang shj. kita mesti fikirkan kesihatan perniagaan, jangan kasihankan pekerja yg malas dan kurang bertanggungjawab. mereka akan jadi nanah dan lama2 akan menyebabkan perniagaan digulung dlm tikar.

Tiada ulasan: