Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 02, 2011

Kerja dan Rehat

petang tadi saya isikan kalender saya untuk bulan april hingga ogos 2011. walau pun april dan mei telah berlalu, saya ingin mengetahui di manakah saya pada hari2 tertentu.

begitu cepat masa 2bulan telah berlalu. telah 2bulan saya bersama pejabat jim uitm. jika ikut lantikan sambungan di ined, 31mei tarikh akhir saya di ined. tetapi uitm lebih memerlukan saya drpd ined. maka saya berhijrah ke jim bermula 1apr (mengikut surat). secara fizikal saya pindah ke jim sepenuhnya bermula 7april, walaupun asalnya saya minta tangguh sehingga 1 mei 2011.

pada hari ahad 3apr, 10apr, 17apr, 24apr dan 1 mei saya bertugas di uitm. sama ada utk fsr (4kali), ined (1kali) dan jim (1kali). tapi yg tak tahu akan berkata saya banyak masa kerana kerja kurang. antara saksi saya adalah pelajar srw650/655 saya. sebelum bulan april, utk 2011, saya bertugas pada hari ahad adalah pada 16,23,30 Jan; 20&27feb; 6,20&27 mac. ada juga saya bertugas pada hari sabtu.

melihat kpd kalender saya berkaitan kerja sehingga kini, memang patutlah badan saya mengingatkan saya utk berehat. maklumlah, umur dah 2 4. jadi jika ada yg menyatakan saya tak menyumbang kpd organisasi..tanyalah kpd mereka yg boleh menjadi saksi saya.

Tiada ulasan: