Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 16, 2011

Mencari Rezeki Yang Halal

selama saya berkursus di ilqam, saya perhatikan seorang oku berniaga di tingkat bawah berhadapan dgn fakulti perniagaan. baru hari ini saya tegur beliau.

namanya hj mat. beliau telah 18tahun berniaga di uitm. dgn ikhsan uitm. ianya bermula dgn keprihatinan dr (prof) johari samidi, dekan perakaunan pada 1992. pada mulanya beliau meletak barangan/makanan di fakulti perakaunan semasa ianya di bgn akademik 2. kemudiannya beliau berpindah2 sehinggalah ke tempat sekarang.

tengahari tadi saya beli sedikit jajan dan nasi lemak jualan hj mat. dan petang tadi saya berborak panjang dgn beliau. saya bannga dan kagum dgn dia. dia tidak meminta2 sedekah, sebaliknya berusaha utk mencari rezeki yg halal. tak perlu seleweng dan pecah amanah. maka beliau lebih bijak dan amanah drpd mereka yg kononnya bukan oku. mungkin sebenarnya mereka yg seleweng, salahguna kuasa dan pecah amanah sebenarnya oku drpd segi amanah.

hj mat menjual nasi lemak, kuihmuih, minuman dan pelbagai lagi makanan di gerainya di tingkat bawah ptar2 menghadap bgnan akademik 2, fakulti perniagaan, berhadapan dgn kedai mydin. kunjungilah gerai beliau sbg menyokong usaha seorang yg ingin mencari rezeki yg halal walaupun seorang yg oku. sbg seorang oku bukan alasan utk meminta sedekah, melakukan kesalahan, pecah amanah. hj mat lebih mulia drpd yg pecah amanah dan salahguna kuasa rahmat Allah.

Tiada ulasan: