Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Jun 22, 2011

1st Perkama International Counseling Conference

alhamdulillah, bermula hari ini sehingga esok (22-23jun 2011), berlangsung 1st perkama international counseling conference. ianya diadakan di akademi kenegaraan jpm.

alhamdulillah, peers uitm shah alam turut mengambil bahagian sebagai peserta untuk pertandingan inovasi. peers satu2nya kumpulan pelajar yg mengambil bahagian. selain peers, pusat kerjaya dan kaunseling diwakili oleh beberapa kaunselor dlm pertandingan inovasi. dan alhamdulillah, selain drpd peers dan kaunselor, juga hadir pensyarah kaunseling drpd fakulti pendidikan uitm. mereka, hjh zaiton dan hjh noriza adalah bekas kaunselor pkk dan juga bekas guru kaunseling saya semasa saya mengikuti kokurikulum peers pada lewat80an dan awal 90an di itm.

pada petangnya, setelah perasmian oleh menteri pwkm, berlangsung mesyuarat agung tahunan perkama ke 18. begitu cepat masa berlalu. rasa2 baru semalam saya dilantik sbg jurukira2 perkama pada bulan jun 2009 di upm, kali ini saya dicalonkan sbg seorang drpd exco perkama. dukacita hanya 6 dipilih drpd 13calon.

tapi saya masih lagi diperlukan perkama. presiden asyik menyebut nama saya dan juga jawatan lama saya sebagai jurukira perkama. maka saya dicalonkan oleh seorang lagi guru kaunseling saya, prof madya dr haslee shahril lim utk jawatan pemeriksa kira2 perkama. sokongan sebulat suara dan cadangan ditutup. saya akan memegang jawatan pemeriksa kira2 perkama selama 2tahun lagi. cuma kali ini bersama supt ong drpd pdrm. terima kasih kerana kepercayaan ahli perkama kpd saya. insyaallah, saya akan jalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah.

Tiada ulasan: