Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 16, 2011

Siasatan dan Tindakan

asyik laporan sama aje. dan mereka yg terlibat pi mai pi mai tang tu juga. soalan diutarakan,'mereka ni tak perasaan atau fikir apa yg mereka buat tu tak betul?'

itulah, kalau tak boleh jadi pensyarah, jangan jadi pensyarah. kasihan kat pelajar. ilmu yg didapati lebih banyak angin shj. tapi mereka ini semua nak ajar, walaupun sebenarnya mereka tidak pernah belajar. macam tikus membaiki labu. kalau graduan tak dpt kerja, adakah mereka ini akan bertanggungjawab dan sedia berjumpa dgn mereka yg tertekan dgn pengangguran dikalangan graduan?

apabila tak boleh mengajar, sibuk pulak nak anjurkan pelbagai program. yg peliknya sepatutnya sbhgian drpd tugas dan tanggungjawab. tapi masih nak buat tuntutan. 'ini dah salah guna kuasa'.

alasan, kasihanlah saya, saya sakit, bini tak kerja, bini tak sihat, saya jadi harapan keluarga, anak masih bersekolah,... dan pelbagai lagi tidak boleh diterima utk menghalalkan pecah amanah dan penyelewengan. rezeki tak berkat. dan tiada yg akan hormat anda. manusia... dah ada satu bukit emas, akan nak satu lagi bukit emas. bersedialah mendapat lawatan drpd bintang 14bucu.

Tiada ulasan: