Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Jun 23, 2011

Dari Allah Kita Datang..

tengahari tadi, adik kpd ayah saya telah dipanggil kembali kpdNya, Yang Maha Esa, Yang Tidak Tidur, Yang Tidak Mati. arwah ayah san meninggal dunia di ppum. saya menerima panggilan telefon drpd adik saya yg berada di sana pada masa tersebut.

kali terakhir saya bersama arwah lebih kurang 2minggu lepas. saya singgah di rumahnya utk tumpang solat. kami berbual2 spt biasa. tiada kelihatan kesakitan yg beliau alami. dan setelah solat maghrib, saya pulang ke rumah.

pada minggu lepas saya singgah utk bersedia sebelum ke majlis fsr di dsb. apabila saya sampai di rumahnya, sepupu saya memaklumkan bhw arwah telah dibawa ke hospital. beliau telah beberapa hari tidak sedap badan. dan beliau dijangka akan melakukan mri pada jumaat minggu lepas. arwah sepatutnya keluar dr hospital pada ahad lepas. tetapi adik saya menasihatkan supaya beliau terus di hospital sehingga segar. kita merancang, Allah juga merancang. Dan hanya Allah yang menentukan segalanya.

inna illahi wa inna illahi rajiun. semoga roh arwah tergolong dlm mereka yg beriman dan mendapat rahimNya. setiap kejadian adalah peringatan kpd kita.

Tiada ulasan: