Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, September 18, 2010

Bulan Baik Tapi Hati Tak Baik

perjalanan pergi dan balik ke rumah saudara kurang menyeronokan. jemputan diterima memang menyeronokan. spt biasa berjumpa ahli keluarga tetapi di rumah berbeza. kali ini utk meraikan saudara yg akan ke luar negara.

lalulintas hari ini sudah seperti biasa. sesak. dan yg sedihnya, pemandu dan penunggang juga spt biasa. menggunakan jalanraya tanpa memperdulikan keselamatan pengguna lain. iya, masih degil dan sombong. masih bodoh sombong. masih merasakan menggunakan pelekat 'P' membenarkan memandu spt pelesit, penyusah, dan sebagainya yg bertentangan sebagai pemandu positif.

lampu isyarat kereta ada fungsinya. susahkah nak gunakannya? ianya digunakan utk memberitahu bahawa kita akan menukar haluan kita. utk menyejukkan hati, saya andaikan bahawa mereka spt ini adalah mereka yg tidak tahu membaca. ada kekuragan upaya drpd segi mental, emosi dan fizikal. dan mereka juga kekurangan upaya drpd segi spiritual.

jika berdasarkan dokumentari penjenayah semalam, maka pemandu dan penunggang yg tidak patuhi peraturan dan pesanan adalah penjenayah.memang hati mereka nak menyusahkan orang lain. mereka siuman. maka mereka layak didakwa drpd segi undang2.

Tiada ulasan: