Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 13, 2010

Tanda Berjaya

kita biasanya akan bermegah2 dgn kejayaan kita. biasalah,manusia. walaupun kita dinasihatkan utk elak drpd sombong dan bongkak. ada banyak sebab.

jika kita angkuh dgn kekayaan yg kita ada, maknanya kita sudah lupa. harta yg ada yg pinjaman kpd kita. kita diamanahkan utk menguruskannya dgn baik.kita akan ditanya bagaimana kita gunakan harta tersebut. bagaimana kita dapat harta tersebut. adakah ianya secara halal? adakah ianya didapati tanpa menindas orang lain? adakah ianya bukan melalui menipu orang lain? adakah ianya bukan dgn memakan harta anak yatim?

lebih banyak harta kita, lebih banyak tanggung dan jawab kita. memang kita tidak akan dapat memuaskan semua orang pada satu masa.akan ada yg dengki terhadap apa yg kita ada. mungkin kerana mereka tidak mampu memiliki apa yg kita ada.mungkin kerana mereka dengki dgn kejayaan kita. sebab selalunya bilangan harta dikaitkan dgn tahap kejayaan.

Tiada ulasan: